notygirlz85
5 tahun
Selsema berlarutan lebih seminggu
Saya berumur 34tahun tengah mengandung 11 minggu anak ke 6. Sejak seminggu lalu saya selsema kadangkala demam saya hanya mengambil paracetamol bagi mengurangkan sakit kepala kerana selsema dan demam. Baru ini saya kerap sakit perut seperti mengeras dan sering berasa sakit di sekitar perut senak perut walaupun ketika saya sedang berehat atau sedang tidur hingga saya terpaksa duduk untuk menahan rasa sakit perut sampaikan tuk mengurangkan rasa sakit tu saya sering tertidur sambil duduk. Untuk menjaga kandungan saya tidak bersama dengan suami. Selama saya hamil sebelum ini saya tidak pernah mengalami sakit perut begini pada kandungan ini baru terjadi. Adakah ini normal bagi ibu hamil seperti saya? Untuk pengetahuan doktor jarak anak ke 4 dengan anak ke 5 saya selama 6tahun dan sekarang anak ke5 saya berusia 2 tahun 8bulan.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kehamilan lebih dari empat kali atau grande multipara boleh menyebabkan komplikasi kehamilan yang akan dialami oleh si ibu seperti:
- tanda pergerakan bayi lebih awal
- perdarahan ante partum (pendarahan yang terjadi setelah usia kandungan 28 minggu)
- plasenta previa (jalan lahir tertutup plasenta)
- spontaneus abortion (keguguran)
- intrauterine growth retadation (IUGR), atau pertumbuhan tidak normal
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih