imijazdawg
5 tahun
Spotting darah coklat gelap
Hai salam sejahtera doktor, saya wanita berumur 22 tahun. Saya mengalami spotting berwarna coklat tua selepas 14 hari datang bulan (haid). Harini sudah hari ke-6 spotting ini berlaku, jumlah darahnya tidak seperti haid biasa dan tiada gejala sakit perut ataupun kram. Adakah darah yang keluar ini merupakan lebihan darah kotor?
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi menjawab kepada persoalan yang anda tanyakan, pelbagai kemungkinan diagnosis boleh dibuat. Antaranya ialah :
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Bagi menyelesaikan masalah anda secara amnya :
- Rujuk doktor jika mengambil pil perancang
- Buat ujian kehamilan jika mengesyaki hamil
- Jika masalah disertai gejala lain seperti senggugut keterlaluan, haid terlalu lama atau tidak datang haid sila rujuk kepada doktor untuk mengetahui punca
Namun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























