
Sulit
4 tahun
Suka minum kafein waktu hamil
isteri saya hamil. dia penggemar kafein…betulke kafein bahaya untuk perempuan hamil? ada alternatif untuk kafein?tq doc in advance

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pakar menasihati bahawa wanita yang mengandung hanya boleh makan atau minum makanan atau minuman yang mengandungi kaffeine sebanyak 200mg sehari iaitu 2 gelas kopi sahaja.
Hal ini kerana tahap kaffeine yang tinggi akan menyebabkan bayi anda dilahir dengan berat badan yang terlalu ringan dan mempunyai masalah kesihatan yang lain. Anda boleh membeli produk “Decaf” iaitu produk minuman yang berasa seperti kopi tetapi tidak mengandungi kaffeine.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.