
Anonymous
5 tahun
Teh Hijau untuk ibu mengandung
Bolehkah ibu mengandung mengamalkan minum teh hijau?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Sesetengah doktor bimbang jika terlalu banyak teh hijau mungkin menjejaskan tahap asid folik (juga dikenali sebagai folat) dalam badan. Asid folik ialah nutrien penting yang diperlukan semasa kehamilan. Dalam satu kajian, didapati terdapat kaitan di antara kecacatan tiub neural pada bayi, seperti spina bifida, dengan wanita yang meminum banyak teh hijau sekitar masa berlakunya persenyawaan. Spina bifida ialah satu kondisi yang serius. Ia berlaku apabila tiub di sekeliling sistem saraf tunjang yang dipanggil tiub neural tidak tertutup dengan sempurna. Kecacatan tiub neural seperti spina bifida biasanya dikaitkan dengan kekurangan asid folik.
Untuk keterangan lanjut, puan boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat daripada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Konsultasi anda dengan doktor kami adalah percuma jika anda merupakan ahli Peduli Sihat. Terima kasih.