Sulit
5 tahun
Terlupa makan pil peracang
Hai doc , saya berumur 23tahun saya selalu makan pil perancang pada jam 7.00 p.m , tetapi pada hari ini 8/8/2021 saya terlupa makan pil , sebaik saja saya ingat saya terus makan pil pada jam 8.30 p.m , jadi risiko di sini adakah saya akan hamil , kerana saya lewat 1jam30mint untuk makan pil?
5 tahun
Sala sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan ini.
Kami memahami bahawa anda mengambil pil perancang setiap hari dan ingin mengetahui apakah risiko kehamilan kerana lewat 1 jam setengah hari ini.
Kelewatan satu jam setengah tidak akan membawa masalah yang terlalu serius jikalau anda konsisten mengambil pil setiap hari.
Untuk pengetahuan anda,risiko kehamilan hanya bertambah jikalau tertingal satu pil untuk keseluruhan harinya.
Namun jikalau anda tertinggal satu pil anda disarankan untuk mengambil pil seterunya seperti biasa.
Tetapi anda tidak boleh mengambil dua pil sekaligus jika tertinggal pil.
jikalau anda tertinggal dua pil berturut-turut anda dinasihati mengunakan kaedah lain seperti menggunakan kondom semasa bersama.
Anda juga hanya akan hamil jikalau ianya dalam tempoh kesuburan anda.
Untuk nasihat lanjut anda diminta mengambil pendapat doktor kami atas talian.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.






























