
Sulit
5 tahun
Utix effervescent granules
Saya mengandung.boleh kah kalau sy ambil ubat utix effervescent granules utk masalah sakit dibahagian pundi kencing smasa mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat UTIX biasanya digunakan untuk merawat masalah:
- Kencing kotor
- Kencing sakit
- Ubat pendamping antibiotik
- Gout: ubat ini mengeluarkan uric acid daripada tubuh agar tidak berkumpul menjadi gout
- Batu buah pinggan / batu karang
Ubat ini boleh memberikan kesan sampingan berupa
- Alkalosis atau hipernatremia
- Cirit
Merujuk kepada diatas, harus diketahui bahawa tidak semua sakit di pundi kencing adalah disebabkan oleh batu karang. Justeru, adalah digalakkan untuk anda memeriksakan diri ke doktor kerana khuatir anda terkena jangkitan pada bahagian pundi kencing sehingga menyebabkan sakit tersebut timbul. Pengubatan jangkitan pula memerlukan ubat antibiotik yang perlu dipriskripsikan oleh doktor.
Oleh itu, sila rujuk kepada pihak kami di pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.