zizinanarose
5 tahun
Ada kah saya pregnant
Saya umur 30 tahun…sudah lewat datang period 4 Hari…sya selalu mengalami nausea vomiting…sukar until bernafas on & off…kadang kadang palpitation…perut cramp. .Ada kah saya pregnant
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Antara tanda-tanda awal kehamilan termasuk:
-Tidak datang haid
-Keletihan
-Mual
-Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
-Payudara yang sakit dan semakin membesar
-Sembelit
-Kekejangan
-Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
-Perubahan emosi atau mood
-Mengidam pelbagai jenis makanan
-Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
-Peningkatan berat badan
-Sakit kepala
-Sakit belakang
-Pening
-Kerap membuang air kencing
-Bengkak pada kaki (edema)
-Kesukaran untuk tidur
-Pedih ulu hati
-Kontraksi yang sederhana
Saya menasihati puan untuk membuat ujian pregnancy test ataupun mendapatkan scan di klinik yang terdekat untuk mengetahui puan mengandung ataupun tidak .
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih