
Sulit
4 tahun
Benjolan Di Tengkorak Kepala dan Rangka Dada
Saya wanita yang berusia 32 tahun. Saya mula perasan terdapat benjol di bahagian depan atas dahi berdekatan dengan anak rambut atas tengkorak kepala sejak Saya sekolah menengah. Tapi benjol tersebut tak ketara dan tak besar. Tapi sejak akhir2 ini Saya perasan yg benjol tersebut semakin ketara dan membesar. Dan saya semakin kerap rasa sakit kepala. Adakalanya bila saya tunduk atau fokus kepada sesuatu tempat, saya akan merasa pening. Saya ingatkan disebabkan kurang darah ataupun stress. Dalam masa yg sama juga saya perasan tulang rangka di bahagian dada kiri juga seperti semakin timbul. Adakalanya saya rasa degupan jantung tak normal. Utk makluman, 2 thn lepas semasa saya membuat pemeriksaan kesihatan, doktor ada memaklumkan bahawa saya mempunyai ruas tulang belakang berlebihan. Tp tulang yg lebih tu tersorok dan tak memberi kesan kepada bentuk rangka badan saya. Dan saya pernah membuat pembedahan membuang ketulan lipoma di bahagian belakang bahu kiri berdekatan belikat. Adakah setiap keadaan ini berkaitan dan apa tindakan yg saya blh ambil sekiranya perlu rujuk di hospital / klinik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Benjolan lemak -lipoma
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis - Jangkitan kulit
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Pemeriksaan yang lebih teliti juga penting untuk mengenal pasti samada gejala ini berkaitan atau tidak dengan sejarah kesihatan anda yang lalu. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.