Sulit
2 tahun
Ketulan keras di sekitar pangkal paha lelaki dewasa
Saya lelaki 29 tahun…saya perasan ada banyak ketulan keras di bawah kulit di sekitar paha…apabila disentuh terasa amat sakit …adakah ini dipanggil limforma
2 tahun
Selamat sejahtera
Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi untuk kami mendapat tahu punca kepada masalah anda.
Namun, masalah benjolan pada kulit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
- Lebam akibat dari trauma
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.