Sulit
3 tahun
Benjolan di ketiak dan belakang telinga
Saya lelaki umur 17thn , saya dapati ada benjolan kecil di belakang telinga saya pada beberapa bulan yg lalu. Skrg benjolan itu masih belum hilang dan saiznya bertambah besar sedikit demi sedikit tapi tidak sakit. Dan hari ini , saya rasa ada sakit di ketiak saya , lalu saya periksa ketiak sebelah kiri saya dan saya dapati ada benjolan yg bersaiz seperti guli dan sakit bila ditekan. Saya risau kalau saya menghidap kanser limfoma sbb saya ada tanda² kanser limfoma. Apakah yang perlu saya lakukan doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, benjolan di ketiak dan di belakang telinga boleh disebab oleh beberapa perkara, tidak semestinya tanda kanser limfoma. Gejala anda boleh disebab oleh jangkitan, ketumbuhan sel minyak (lipoma), keradangan folikel rambut (follikulitis) atau furuncle, sista dan selainnya.
Tanda kanser limfoma selain dari tanda pembesaran kelenjar limfa seluruh badan, gejala lain termasuk kurang selera makan, penurunan berat badan secara tiba, demam on and off, kelesuan dan kelemahan, pening atau sakit kepala, tanda kurang darah dan selainnya.
Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, kami menyaran anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut, menjalani periksaan dan penyelidikan berkaitan. Dapatkan penjelasan doktor dan bincangkan rancangan rawatan yang sesuai.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan.