Sulit
3 tahun
Benjolan air di leher kiri
Saya pelajar sekolah menengah telah mengalami benjolan di leher sebelah kiri…mula ii dia kecil saje tpi makin lama makin besar… Dulu tak rasa sakit tpi sekarang sudah rasa mcam bengkak dan pedih di bahagian kulit jika disentuh.benjolan tu tak keras dye seperti ada air di dalamnya dan kadang kadang dia berdenyut. Dulu ada jadi macam ni tetapi benjolan di sebelah kanan… Saya gunakan cuka dan nila untuk rawat… Alhamdulillah dh baik dan susut… Skrg dia muncul di sebelah kiri pula… Saya gunakan cara yang sama… Tetapi saya tidak tahu sama ada dia makin susut ataupun tidak… Jadi saya rasa takut sebab dye jadi sakit. Boleh tak doktor bagi pandangan doktor tentang apa yang saya perlu lakukan dan apa jenis penyakit saya. Ataupon cara tradisional yang saya boleh gunakan untuk rawat benjolan ini.
Saya berharap doktor dapat memberikan pandangan doktor dan nasihat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk pengetahuan anda, masalah benjolan pada leher boleh terjadi akibat beberapa penyebab iaitu:
- masalah pada kelenjar bening
- masalah pada kelenjar air liur
- kista
- bisul
- lipoma
- tuberkulosis
- kanser
Untuk rawatan pula, siasatan lanjut perlu dijalankan supaya rawatan tepat boleh diberikan. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian jika anda mempunyai soalan lanjut. Terima kasih.