Sulit
3 tahun
Benjolan bwah pusat dn mngeras
Sye umo 27…sye nk tnye ada benjolan bwh pusat pstu mngeras,tu tanda sakit kanser ke?kdang bwh perut ni sakit mcm senggugut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, benjolan pada pusat bukan tanda kanser, ia boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Angin pasang pusat (dengan atau tanpa gangguan usus)
- Jangkitan (abses)
- Jangkitan atau keradangan folikel (folikulitis)
- Ketumbuhan kulit
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.