Sulit
2 tahun
Bintik ² merah dan berair
Bye doctor
Sy remaja perempuan umur 18 thun
2 hri yg lepas sy perasan Badan saya naik bintik ² merah dan berair ,di sekitar atas perut
Dia tak banyak n crowded
Dalam 5-10 bijik shaja
Pastu keesokan nya Dia dah start naik slow ² ataş blkg,around tekak
Dan dalam rambut juga
Tapi Dia tak byk sgt
Dan hri ni Dia lagi naik 3-5 biji dkat ataş blkg dan ataş pusat
Dkat muka bhgian dahi Pon ada 2 biji
Tapi dkat ataş sideburns
Belah kanan satu belah kiri satu
Dia tak gatal,cuma tak selesa
Kadang sakit pedih juga
Sy juga mengalami simpton tiada selera makan ,terlampau sakit kepala,mata macam penat sangat nak mencelik
Rasa macam nak tidur seharian
Badan rasa Kadang panas Kadang sejuk
Tapi tak demam
Apa ye doctor…adakah berbahaya??
Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, naik bintik bintik merah yang tidak gatal, mungkinnya adalah jerawat, boleh timbul sebab beberapa perkara, contohnya:
- Ketidakseimbangan hormon akibat kil baligh
- Kebersihan yang kurang memuaskan
- Makanan berzat rendah (berminyak, goreng-goreng dan manis)
- Kulit pengeluaran minyak berlebihan (sebum)
- Stress
- Jangkitan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.