Sulit
2 tahun
Kudis bulat besar pasir pada zakar
Doktor,saya ada kudis saiz kecil lgi dari lada pada kiri batang kulit koko…ia nya sudah wujud sejak lpas sunat lg sehingga sekarang tahun 2022…
Persoalannya,zakar saya suka herot ke tepi kiri dan juga bila nk tegangkan zakar bagi panjang atau kendurkan zakar smpai jd kecil,ia umpama terhimpit dengan kudis sebesar serbuk lada atau kecil lg dari lada .kira besar pasir la kiranya…
Jadi ia agak sakit jugak sebab ia melekat smpai ke dalam bawah lapisan kulit jd sebati…
Saya cadang nk tarik sendiri tp sentuh pun dh sakit macam kudis itu dh bergeser dalam daging…terasa juga la masa nk kendurkan zakar jika berlaku pergerakan panjang atau pendek,selama ni ok saja tak rsa sakit
Tiba2 saya p garu sb zakar gatal,lpas tu esok pg bngun rsa kesan kudis tu jd mcam langgar ke arah dalam kulit…sakit sangat kena geser…
Doktor,bolehkan saya tarik sendiri kudis yg melekat pada batang zakar? Dengan alatan kuku atau apa2 saja untuk menarik kluar kudis yg sebati seperti pasir? Kalau tarik kemungkinan akan berdarah dan menjadi lubang bulat besar lada atau pasir…
Saya tak pasti itu kesan jahitan atau kudis?? Adakah benang jahitan kekal masa sunat doktor? Saya nk tarik kudis bulat kecil tu pun risau tak pasti tu apa…kudis atau jahitan bulat? Tlong saya doktor
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kudis dan biji-biji kecil tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Penyakit kelamin (STD) - Chlamydia , Herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal dan kerengsaan dan gejala lain.
Radang disebabkan bahan kimia
Masalah kulit seperti ekzema, dermatitis mahupun jangkitan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.