Sulit
2 tahun
Sakit tonsil atau kanser
Saya dalam lingkungan 21 berapa hari yang lalu tekak sebelah kanan saya rasa tidak selesa dan selang beberapa hari saya menghidap demam panas dan sakit tekak dalam masa sehari keesokkkannya demam jadi baik dan dibahagian belah kanan tekak saya bengkak serta ade seperti ketulan di belakang leher jadi apakah ia boleu sembuh dan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ketulan yang terdapat pada leher anda boleh disebabkan:
- Kista (cyst) - kista mempunyai berbagai jenis seperti “sebaceous cyst”, “thyroglossal cyst”
- Bengkak nod limfa - akibat jangkitan kuman atau pun limfoma
- Lipoma - gumpalan tisu lemak
- Kalenjar tiroid - boleh membengkak akibat hiper atau hipotiroid
- Abses atau nanah dari jangkitan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.