Sulit
3 tahun
Tompok putih di bawah mata
Salam doktor. Sy mengalami tompokan putih di bawah mata kanan. Skrg tompokan tersebut mnjd besar. Sampai skrg masih belum tahu puncanya. Tapi tompokan tersebut tidak gatal dan pedih. Macam mana saya nak tunjukkan pembiakan tompok putih ni dari kelihatan kecil sampai boleh menjadi besar? Saya rasa malu sebab tompokan putih tersebut tiba2 muncul di bahagian bawah mata malah mudah orang lain perasan dengan tompokan tersebut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, tompokan putih di bawah mata kanan boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Milia (pengumpulan sel kematian)
- Jerawat
- Sista berminyak
- Ketumbuhan minyak
Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Kulit.