Sulit
3 tahun
Gelembung di celah punggung
Assalamualaikum doctor, saya wanita berumu 18tahun. Perkara ini baru baru sahaja saya alami. Saya mendapati ada gelembung di bahagian punggung saya yang menyebabkan saya sukar untuk jalan, duduk bahkan tidur. Gelembung tersebut berada tidak menghampiri celah lebih kurang di bawah paras pinggang, kecil sahaja
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Alahan kulit - pada kain seluar atau sabun
- Trauma / luka
- Jangkitan herpes genital
- Penyakit kulit yang lain seperti (jerawat, sifilis, kankroid, dll.)
- Buasir
- Rectal polyp
- Rectal prolapse
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.