Sulit
2 tahun
Benjolan di ketiak belah kiri
assalamualaikum doktor , saya remaja lelaki berumur 21 tahun .Dua hari lepas saya mendapati ada benjolan berukuran 2 cm di dalam ketiak belah kanan saya . Benjolan tersebut tidak merasa sakit dan tidak bergerak dan saya merasakan seperti ketulan. Boleh saya tahu apakah masalahnya dan bagaimana cara mengatasinya . benjolan ini tidak membesar . mohon pencerahan doktor terima kasih
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala benjolan pada ketiak anda boleh disebabkan:
- Benjolan lemak (lipoma)
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis - Jangkitan kuman pada liang kulit
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.