Sulit
2 tahun
Simptom hiv (kelenjar bawah telinga)
Saya lelaki berusia 36thn. Utk makluman saya pernah melanggan pelacur. Baru2 ini ada benjolan di bawah telinga kiri saya. Saya ada ke klinik kesihatan utk mengambil sampel darah dan ujian rapid hiv. Pada ketika ujian ini dijalankan, benjolan ketika ini berusia 4 hari. Hasil ujian mendapati tiada sebarang jangkitan kuman dan rapid test hiv adalah negatif. Persoalan saya, adakah saya masih berisiko untuk mendapat hiv? Atau perlukah saya membuat ujian hiv selain dari rapid? Terima kasih
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, benjolan belakang telinga boleh disebab oleh beberapa perkara, tidak semestinya tanda HIV. Gejala anda boleh disebab oleh:
- Jangkitan
- Ketumbuhan sel minyak (lipoma)
- Keradangan folikel rambut (follikulitis)
- Sista
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.