Sulit
3 tahun
Bengkak kaki dan tangan
Kadang ii tapak kaki bengkak jari kaki bengkak jari tangan tapak tangan mohon penjelasan doktor saya tak tahan nak tidur malam ii 3 tahun dah hadap masih takde jawapan yg sesuai
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami masalah bengkak pada kaki dan tangan serta kesukaran untuk tidur malam selama 3 tahun. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat banyak penyakit yang boleh menjadi punca kepada kumpulan simptom di atas. Antaranya adalah:
- Lambakan cecair pada tubuh
- Limfoedema
- Masalah jantung
- Sakit buah pinggang
- Kenaikan berat badan
- Sindrom Cushing
Senarai di atas merupakan diagnosis umum mengenai masalah anda. Kami tidak dapat memberikan rawatan serta diagnosis tepat tanpa perincian simptom, pemeriksaan fizikal serta keputusan dari ujian klinikal.
Bagi rawatan serta diagnosis lebih tepat, sila rujuk perkara ini kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.