Sulit
2 tahun
Benjolan di ketiak sebelah kiri
Hello doctor, saya seorang lelaki berusia 27 tahun. Sejak sebulan yang lalu saya dapat terdapat benjolan kecil di bawah ketiak saya yang tidak terlalu keras. Saya tidak mengalami apa2 simptom seperti demam atau penurunan berat badan yg mendadak. Baru2 ini saya telah didiagnos larynx reflux dan sakit ini mungkin telah mengurangkan selera makan saya buat beberapa hari ini.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala benjolan pada ketiak anda boleh disebabkan:
- Benjolan lemak (lipoma)
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis - Jangkitan kuman pada liang kulit
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.