Sulit
3 tahun
Gatal badan disebabkan oleh timbulnya benjolan kecil sehingga menyebabkan kemerahan apabila digaru
Saya wanita berumur 23 tahun, di bahagian kaki saya ada kawasan merah dan ada benjolan kecil di kawasan merah tersebut yang menyebabkan gatal di kawasan tersebut. Bila timbul merah di bahagian badan, maka automatik satu badan rasa gatal. Adakah merbahaya bagi kesihatan saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, kemerahan di bahagian kaki dan timbulan benjolan kecil serta kegatalan boleh disebab oleh beberapa perkara. Contohnya:
- Jangkitan kulit (kuman, virus, kulat atau parasit)
- Ekzema atau penyakit alahan kulit lain
- Keradangan kulit (dermatitis)
- Gigitan serangga
- Penyakit tisu penghubung
Untuk mengetahui punca penyebab masalah anda, anda perlulah merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lebih lanjut, menjalani sebarang pemeriksaan serta penyelidikan berkaitan, supaya penjelasan ataupun rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda.