Sulit
3 tahun
Benjolan di bahagian kemaluan belah kiri atas
Hi saya berumur 19 tahun , terdapat satu benjolan tu dia mula kecik surut then beberapa hari jadi mcm membesar bila di tekan sakit & mcm ada rasa mcm permukaan gelembung mcm tu rasanya , bila tak tekan takde rasa apa normal . Tapi semalam saya pakai seluar jeans Dan terkena di permukaan bergeser jadi sakit . Mungkin sebelum ni sbb jeans yg saya pakai kdg ketat bila pakai dgn belt . Atau sbb lain ?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, benjolan di bahagian kemaluan kiri atas, sakit semasa ditekan boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Angin pasang
- Ketumbuhan sel minyak (lipoma)
- Sista berminyak (sebaceous cyst)
- Keradangan folikel rambut (folikulitis atau furunkle)
- Jangkitan
Timbulan benjolan tidak semestinya disebab oleh pakaian yang ketat. Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, kami menyaran anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut, menjalani periksaan dan penyelidikan berkaitan. Dapatkan penjelasan doktor dan bincangkan rancangan rawatan yang sesuai.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan.