Sulit
2 tahun
Benjolan di bahagian bawah pusat
Selamat sejahtera doktor. Saya seorang surirumah, berusia 40 tahun & mempunyai 3 orang anak. Baru- baru ini saya dapati terdapat benjolan di bahagian bawah pusat,sebelah kanan. Benjolan tersebut tidak sakit tetapi terasa agak keras. Benjolan tersebut ketara apabila saya baring. Untuk pengetahuan doktor, period saya regular, seperti biasa setiap bulan, 6-7 hari & saya tidak mengalami senggugut atau sakit ketika tempoh period. Harap doktor dpt bantu saya. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang folikel bulu roma
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Hernia
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.