Sulit
2 tahun
Biji pada wajah tidak pedih(hanya tumbuh diwajah)
saya berumur 53 tahun lelaki, biji seperti belon kecil(seakan jerawat tetapi bukan) warna kulit pada wajah,biji berkenaan tidak sakit,untuk pengetahuan doktor saya mempunyai darah tinggi tetapi tidak teruk tidak memerlukan mengambil ubat kerap…adakah mempunyai rawatan atau ubat untuk menyumbuh biji berkenaan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah biji di muka dan ingin mengetahui puncanya. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan biji di muka. Antaranya ialah:
- jerawat
- allergi
- ruam
- tanda kolestrol tinggi
- Infeksi kulit seperti folliculitis (keradangan liang roma )
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.