Sulit
3 tahun
Kelenjar dan peluh
Hi dr, just want to ask…
setiap kali saya berjemur atau berkawad, saya peluh berlebihan dan jari saya akan mengembang bila di bawah panas terlalu lama. Suhu badan juga naik terlalu tinggi. Kenapa ya?
saya sering alami bengkak kelenjar di bawah lengan. Sakit ya amat. Kenapa ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, berjemur atau berkawad memang akan menyebabkan peluh dan naik suhu badan sebab peningkatan pengaliran darah. Sekiranya bawah panas terlalu lama, jari akan kembang sebab pengaliran darah berlibihan akan menyebabkan urat dan saluran darah kecil pada jari diluaskan. Sembuh setelah suhu badan atau pengaliran darah kembali seperti biasa.
Selain itu, bengkak kelenjar bi bawah lengan mungkinnya disebab oleh beberapa perkara, contohnya jangkitan, keradangan, pembukaan kelenjar tersekat, penyakit kelenjar, ketumbuhan dan selainnya. Untuk mengetauhi punca penyebab gejala ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Endokrinologi.