Sulit
3 tahun
Biji air di tapak kaki
Saya tak pasti bila, saya perasan ada biji air di tapak kaki sebesar syiling 10 sen , pada awalnya saya biarkan dulu. Satu hari saya pecahkan, dan ia mengeluarkan cecair dan bau yang busuk. Kemudian , sekarang saya perasan biji itu masih ada dan berair serta dikelilingnya ada bintik2 air yg kecil2, dalam jumlah yg banyak. Saya harap Dr dapat cadangkan ubat yang perlu saya beli di farmasi. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, biji air di tapak kaki, keluar cecair dan berbau busuk boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya jangkitan kulit, tanda alahan, sista ganglion, sista berminyak dan penyakit kulit lain.
Penggunaan sebarang perubatan sebelum mengetahui punca penyebab gejala anda adalah tidak digalakkan, mungkinnya menyebabkan kesan sampingan.
Oleh itu, kami menyaran anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lanjut, menjalani periksaan dan penyelidikan berkaitan supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Kulit.