Sulit
3 tahun
Berak berserta darah selepas bersalin secara czer
Saya wanita umur 26 tahun baru 50 hari lepas bersalin secara czer… masalah yg saya alami… Ini hari kali ketiga saya buang air besar berserta darah, saya tak rasa sakit langsung cuma tiap kali saya buang air besar mesti ada darah yg keluar sikit… terima kasih doc
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.