
Sulit
3 tahun
Cara nak cure lelangit yang luka
lelangit saya luka, melecet. macam mana nak cepat baik? Melecet sebab makan gula agaknya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah luka di lelangit mulut. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Struktur makanan yang tajam seperti tulang ikan
- Bendasing
- Kecederaan ataupun luka
- Jangkitan kuman
- Trauma
- Komplikasi penyakit di bahagian oral
- Perdarahan
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.