Sulit
3 tahun
Gigi bongsu sakit dan bengkak
saya mengalami dagu sebelah kiri kebas setelah gigi bongsu saya sakit dan gusi bengkak. rasa lebih sensitive dekat dagu tersebut.adakah disebabkan oleh gigi bongsu yang sakit tu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, jika gigi bongsu anda terkena jangkitan atau tumbuh secara tidak normal, beberapa tanda atau gejala berikut mungkin akan berlaku:
- Gusi merah atau bengkak
- Gusi sakit atau berdarah
- Sakit rahang
- Bengkak di sekitar rahang
- Nafas berbau
- Rasa yang tidak menyenangkan di mulut anda
- Kesukaran membuka mulut anda
Gejala yang anda alami di atas adalah disebabkan oleh masalah gigi bongsu anda yang sakit. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.