Sulit
3 tahun
Gigi sakit Dan bibir bengkak
Anak saya berusia 11 tahun pernah jatuh tahun lalu …Gigi kekal di depan keduanya patah separuh…sakit Gigi Dan gusi depan sering terjadi …hari ini Gigi Dan gusinya sakit hingga bibir bengkak
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi iaitu kesakitan gigi dan gusi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan sekitar mulut
- Alergi atau alahan makanan, produk gigi dan sebagainya
- Ketumbuhan gusi
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor jika masalah tersebut memudaratkan aktiviti harian anak anda. Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih terperinci mengenai langkah yang perlu dilakukan pada waktu ini.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.