ehamusa1994
3 tahun
Gigi tidak rata terkeluar bahagian depan
Hi doktor… Saya nak bertanya, saya mempunyai gigi yang tidak teratur di bahagian hadapan menyebabkan saya malu untuk bercakap dan agak rendah diri di khalayak ramai. Bolehkah saya cabut 1 gigi paling hadapan sekali (kerana 1 gigi ni sahaja yang terkeluar ke depan dalam 0.2-0.3cm) dan digantikan dengan 1 gigi palsu yang ditanam dalam gusi? Dan berapakah kos diperlukan untuk menggantikan sebatang gigi tersebut?
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mempunyai gigi yang tidak rata serta ingin mencabut dan menggantikannya dengan gigi palsu. Kini anda ingin mendapatkan anggaran harga prosedur tersebut. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Prosedur mencabut gigi asal dan menggantikannya dengan gigi palsu sememangnya boleh dilakukan. Ia bergantung kepada keselesaan anda.
Bagi kos rawatan pula, ia berbeza mengikut tempat, tahap kesukaran prosedur tersebut serta jenis implan yang ingin dipasang. Prosedur mencabut gigi asal di klinik gigi swasta berada dalam lingkungan RM 80-700, terutama sekali bagi gigi bongsu atau gigi berlapis. Manakala harga implan pula berada antara RM 2000-5000, bergantung kepada jenis implan.
Kami menyarankan agar anda mendapatkan konsultasi awal bersama doktor gigi bagi nasihat rawatan yang lebih spesifik. Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.