Sulit
3 tahun
Gusi Belakang Bengkak Belah Kanan
hi doc saya nak tanya, gusi belakang belah kanan saya ada benjolan putih kecik & extremely sakit. even tak buat pape pun sakit. i can’t tutup my mouth rapat rapat sebab sakit. bukak mulut & tutup mulut both sakit. is this something that i have to be worry & consult with doctor or just wait till 2-3 days?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Pertumbuhan gigi geraham
- Radang gusi
- Pereputan gigi
- Jangkitan gusi
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor gigi dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.