Sulit
3 tahun
Ingin membuat crown untuk gigi depan
Saya pergi klinik gigi untuk periksa sama ada gigi depan saya sesuai atau tidak untuk buat cworn. Gigi tersebut bertukar warna akibat rawatan akar. Doktor sarankan saya perlu membuat rawatan untuk putih kan semula gigi yang berubah warna tersebut sebelum crown di buat. Adakah perlu buat rawatan pemutihan semula gigi sebelum membuat crown kerana kos rawatan akan bertambah . Apakah kesan jika saya terus membuat crown tanpa perlu rawatan pemutihan gigi tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, rawatan akar biasanya boleh menyebab warna gigi berkaitan menjadi gelap sebab aliran darah pada gigi tersebut terjejas.
Selain itu, sebelum crown, biasanya gigi perlu dibersih oleh doktor gigi untuk memastikan ia tidak berisiko untuk menyebabkan jangkitan selepas crown. Rawatan pemutihan untuk gigi depan mungkinnya tidak diwajib sebelum crown. Sila merujuk kepada doktor gigi anda untuk penjelasan yang lebih lanjut.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.