Anonymous
5 tahun
Mengandung tetapi keluar darah pada usia kandungan 7 minggu
Saya berusia 30 dan baru berkahwin pada hujung tahun lepas. Saya telah disahkan mengandung dan kini usia kandungan mencecah 7 minggu. Ketika mencecah 7 minggu,saya mengalami pendarahan seperti datang haid dan juga sakit perut seperti period paid yang selalu saya lalui ketika haid. Saya berasa amat takut, adakah kandungan saya gugur atau normal kedatangan haid ketika mengandung seperti sesetengah wanita lain? Apa yang harus saya lakukan?
5 tahun
awapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap hal ini.Terdapat beberapa sebab anda mengalami pendarahan pada awal kehamilan.Antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi: Terdapat sejumlah kecil darah yang terhasil sewaktu implantasi embrio ke dinding rahim dan ia adalah sesuatu yang normal.keletihan, mual dan muntah.
- Keguguran yang terancam: Anda mungkin diberitahu bahawa anda mempunyai keguguran yang terancam jika anda mengalami pendarahan atau kekejangan di bahagian bawah abdomen.
- Kehamilan ektopik: Ini berlaku apabila telur yang telah disenyawakan tertanam di luar rahim, selalunya dalam tiub Fallopian.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.