
Sulit
4 tahun
Pati delima gulsan untuk ibu mengandung
Hi sy amalina… Sy pregnant anak first dan dh 28weeks…sy nk minta pendapat doktor2 tentang pati delima gulsan. Sy ada vaca dan dgr dari kawan2 dan dia media sosial bahawa pati delima gulsan ni bagus utk ibu mengandung. Ia juga boleh naikkan HB. Sy nk consume pati ini sbb HB sy selalu turun dan naik. Jadi patut tk ye sy ambil pati delima gulsan ni ye doktor?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan buah delima ataupun jus asli buah delima tidak mendatangkan masalah bagi wanita mengandung melainkan anda alah kepada buah delima. Namun jus yang anda nyatakan tidak terdapat dalam senarai lulus Kementerian Kesihatan Malaysia dan ia dijual sebagai suplemen yang mana ia mungkin berbahaya jika terdapat komponen yang berbahaya.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.**