
Sulit
4 tahun
Pertumbuhan gigi kekal anak
Hai doktor, saya nak tanya.
Anak sulung saya berumur 8tahun tahun ni, tahun lepas 2020 bulan 8, dua gigi susu depan atas dia telah tercabut. Tetapi sampai sekarang bulan 1 2021 masih tak tumbuh2 gigi kekal dia. Adakah ini perkara biasa, perlu tunggu ianya tumbuh atau kena refer doktor gigi terus utk lebih details? Apa pendapat doktor?
Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gigi boleh mengambil masa selama 6 bulan untuk tumbuh semula dan ada juga kes yang memerlukan masa yang lebih lama.
Namun begitu, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan kesimpulan dalam hal ini. Secara amnya, gigi boleh lambat tumbuh jika berlaku perkara seperti:
- Ruangan gigi yang sempit
- Pertumbuhan gigi yang salah
- Gagal untuk tumbuh tanpa sebarang sebab
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, pemeriksaan oleh doktor gigi adalah disarankan supaya anda mendapat kesimpulan yang tepat dalam hal ini.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.