Sulit
3 tahun
Sakit gigi dan benjolan kecil pada gusi
Saya merupakan pelajar sekolah berumur 16 tahun. Di bahagian gusi bawah, masih terdapat 2 gigi susu saya yang belum tercabut dan ianya berlapik. Hasil x-ray menunjukkan bahawa gigi susu saya masih tidak tercabut kerana gigi kekal tidak wujud di dalam gusi. Baru-baru ini, saya merasakan ketidakselesaan pada kedua-dua gigi susu tersebut. Beberapa hari kemudian, saya perasan ada benjolan kecil pada gusi dan rasa sakit itu masih belum hilang. Saya mengalami kesukaran untuk memberus gigi pada bahagian tersebut kerana sakit dan berdarah. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Dan rawatan yang mungkin saya terima.
Terima kasih doktor😁
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan gigi dan gusi anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah ketidakselesaan pada gigi susu, terdapat benjolan kecil pada gusi, sakit dan pendarahan di kawasan tersebut. kami akan cuba membantu untuk anda memahami keadaan kesihatan anda dengan lebih baik.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan benjolan yang sakit pada gusi, antaranya adalah:
- Gusi yang sensitif
- Jangkitan bakteria
- Keradangan
- Kekurangan zat makanan
- Dehidrasi
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor gigi untuk mendapatkan rawatan awal agar keadaan anda dapat diatasi dengan segera.
Saya berharap dengan kenyataan ini dapat membantu menambah baik kesihatan anda dan sekiranya anda memerlukan penerangan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar pergigian kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.