
nmunyra
3 tahun
Selesema Dan bersin ketika hamil
Sy baru discharge Hari khamis lps sbb demam and cirit birit. Start hari ahad semalam sy bersin tak henti sebab sy tak boleh kena habuk. Sekarang start selesema yang teruk dan bersin tak henti. Tadi ada appointment dgn doktor KK tak bg sy ape ape ubat pun. Apa perlu sy buat ye? Sy sedang pregnant 35 minggu. Ade masalah asthma.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kemungkinan besar anda mengalami resdung. Antara gejala resdung atau allergic rhinitis adalah:
- masalah selsema di pagi hari
- mata berair
- kegatalan sama ada pada mata atau anggota badan yang lain
- alahan yang menyebabkan kesemua simptom ini.
- sakit kepala
Namun begitu,terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Sekiranya anda mempunyai resdung yang tidak serius, doktor mungkin boleh mengesyorkan menggunakan cecair cuci hidung (decongestant) atau air saline. Anda juga boleh mengambil ubat alergi seperti pil antihistamine tetapi gunakan yang sesuai untuk wanita mengandung. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.