Anonymous
5 tahun
Tak yakin mengandung ke tak
Saya tidak datang haid selama 6 bulan. Saya buat pemeriksaan kehamilan melalui kaedah pregnancy test 3 hari, dan ia positif pada ketiga tiga hari tetsebut , Perut terasa kembung. Dan terasa di bahagian bawah perut berdenyut-denyut. Tapi saya belum buat pemeriksaan di klinik untuk pastikan sebab macam tak yakin saya mengandung ke tak . takut kecewa
5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Secara amnya, darah haid tidak akan keluar jika terdapat pensenyawaan dan implantasi (hamil). Ini adalah indikasi untuk puan guna kit kehamilan dan. Kehamilan adalah sangat tinggi jika kit kehamilan menunjukkan keputusan positif terutamanya selepas beberapa kali menggunakan kit kehamilan. Walaubagaimanapun, anda dinasihati untuk berunding dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih