
Sulit
3 tahun
2 ketul Benjolan di ketiak adakah petanda awal breast cancer
2 benjolan di ketiak. Adakah ia petanda awal kanser? Bagaimana langkah untuk buat pemeriksaan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah benjolan ataupun ketulan pada bahagian ketiak. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Secara amnya gejala ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor antaranya termasuk :
- Masalah autoimun
- Sista
- Jangkitan virus atau bakteria
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Limfoma
- Kanser payudara
- Radang noda limfa (lymphadenitis)
- Fibroadenoma
- Penyakit lupus
- Leukemia
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor