
Sulit
3 tahun
Apakah rawatan untuk gusi berdarah
Hi,doctor saya nak tanya,apakah setelah menerima vaksin ia akan menyebabkan gusi berdarah? atau mungkin sebab lain? seperti kaviti/berus gigi? saya sentuh dibahagian yg selalu berdarah itu seperti ada luka,apakah ubat yang saya boleh gunakan atau wajib pergi ke dental clinic?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai kesan sampingan mengambil vaksin. Namun, kami tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut kerana tidak dinyatakan vaksin apakah yang di ambil sehingga dikatakan berkemungkinan mengakibatkan gusi berdarah.
Kami sangat menasihatkan anda untuk segera ke klinik gigi bagi mendapatkan pemeriksaan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.