
Sulit
5 tahun
Berat naik mendadak ketika hamil
Saya wanita hamil 31 minggu dan ada GDM ketika hamil. Masalah saya timbul bila usia kandungan 25 minggu berat saya naik mendadak dari 54kg (sejak buka buku pink sehinggalah checkup bulan ke 5) hingga 59kg. Pertambahan 5 kg dan selepas itu minum air gula dan disahkan GDM on diet. Pada minggu ke 31 berat saya naik 2kg dan masih lagi doktor mengatakan saya mengalami kenaikan berat secara mendadak. Adakah yang diperkatakan oleh doktor itu benar? Total berat saya naik 7kg sejak hamil. Sebab pakar pemakanan kata saya kurang berat. So mana satu yang betul ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, berat ibu hamil dianggarkan akan meningkat 1-1.5kg pada trimester pertama. Trimester seterusnya, berat wanita hamil pula dianggarkan meningkat sebanyak 1.5kg- 2kg. Doktor yang memberitahu berat anda naik mendadak kerana berat anda naik sebanyak 5kg. Namun, yang paling penting adalah pengawalan kadar gula anda.
Anda disarankan:
- makan makanan yang sihat seperti suku suku separuh iaitu suku karbohidrat, suku protein, separuh serat
- kerapkan berjalan atau beriadah
- hadir ke Klinik untuk pemeriksaan gula dan air kencing
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.