
Sulit
4 tahun
Boleh ke minum teh o
hai doctor , isteri saya hamil 8mnggu. dia kadang-kadang terasa nak minum air teh o dgn jumlah gula tidak la banyak . soalannya boleh ke minum teh ketika hamil ? bagaimana keadaan bayi dlm kandungan ya ? terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan minuman teh mempunyai kafein dan adalah selamat di minum bagi wanita yang mengandung. Tetapi sebaiknya pengambilan kafein isteri anda tidak melebihi 200 mg dalam sehari, bersamaan dengan 3 cawan teh atau 2 cawan kopi.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.