
Sulit
4 tahun
Cabut gigi ketika hamil
Saya telah cabut gigi baru baru ini, tp saya baru dpt tahu saya positif mengandung 6w.
Adakah kesan bius boleh beri kesan kepada kandungan saya?
Saya amat risau kesan cabut gigi menjejaskan kandungan saya.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Pertama sekali, tahniah diucapkan ats kehamilan tersebut! Semoga puan sentiasa cekal dan bersemangat dalam mengharungi detik-detik bahagia ini.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Untuk makluman puan, umumnya bius lokal (baca: lidocaine, local anesthesia ) yang digunakan di klinik gigi seluruh Malaysia adalah selamat digunakan unutk wanita hamil. Namun anda tetap harus melaporkan perkara ini di klinik gigi tempoh hari sebagai tindakan berjaga-jaga.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, diharapkan agar anda sentiasa mematuhi jadual temu janji bersama doktor kehamilan anda.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.