Anonymous
5 tahun
Could I be pregnant?
Assalamualaikum IIH,
Saya ada rancang dengan Husband 3 hari berturut pd waktu subur.
22/03, 23/03 & 24/03(Ovulation Day).
Semalam saya rasa cramp macam nak period.Sakit bahagian belakang dan rasa letih dan mengantuk walaupun tak buat kerja sangat.Period akan datang 8 hari lagi.
Could I be pregnant?
Boleh tahu tak bila paling awal saya boleh check UPT? Upt brand apa yang boleh bagi result yang betul2 tepat?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk makluman pihak anda, adalah terlalu awal untuk mengetahui kehamilan memandangkan anda baru sahaja “conceive” dalam seminggu yang lalu. Biasanya anda boleh melakukan ujian kehamilan 2-3 minggu selepas "conceive’’.
Ujian boleh dilakukan dengan mana-mana alat upt dari mana-mana brand. Sila datang ke klinik untuk pemantauan sekiranya ujian upt anda positif. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.