
taufiqhamat2
5 tahun
Demam campak runsing nk makan apa
Hii doctor saya sedang mengidap penyakit chicken pox saya runsing mau makan apa sebab takut saya langgar pantang larang , buat masa ni saya hanya makan roti jagung tpi perut masih berasa lapar

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, tiada pantang larang jenis makanan untuk pesakit yang sedang pulih daripada demam campak. Anda dinasihati untuk mengambil makan seperti biasa, lebihkan protein, buah- buahan dan sayur- sayuran. Jangan lupa untuk mengambil 2 liter air sehari dan mengambil ubat seperti arahan doktor. Jangan cakar kawasan kulit gatal dan mengambil ubat anti-histamin jika gatal. Anda juga harus dikuarantin untuk beberapa hari kerana campak mudah merebak kepada kanak -kanak dan orang dewasa yang belum pernah mengidap demam campak.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.