
Sulit
3 tahun
Demam semasa mengandung 8bulan lebih
Saya mengandung 8bulan lebih dah nak masuk due date, tapi skrng sya deman, bolekah saya mengambil ubat panadol ? Adakah ia selamat untuk sya dan kandungan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah demam ketika hamil dan ingin mengetahui jika anda boleh mengambil panadol untuk masalah ini. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, Panadol adalah dalam kelas ubat yang dikenali sebagai analgesik (ubat penahan sakit yang) dan antipyretics (pengurang demam). Ia berfungsi dengan mengubah cara deria sakit badan dan menyejukkan badan. Setakat ini, Panadol adalah antara ubat yang dikategorikan sebagai selamat untuk wanita hamil,jika diambil dalam dos yang terkawal.
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.