
Sulit
4 tahun
Folic acid dan anmum materna
Saya baru disahkan mengandung tp belum buka buku d kkia lgi, jd disini sya ingin bertanya bolehkah saya skip pengambilan supplemen acid folic kerana saya telah mengambil susu anmum materna yang dimana ianya juga mngandungi folic acid. Dan tidak terlewat kah untuk saya mngambil folic acid pill di umur kandungan saya 7mninggu ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami sarankan anda untuk mengambil tablet asid folik tersebut kerana dosnya telah diambil kira untuk memastikan perkembangan janin yang baik walaupun susu yang diambil oleh anda mengandungi asid folik. Selain itu, kami juga sarankan anda untuk berbincang dengan doktor mengenai pengambilan tablet folik asid dan susu yang dinyatakan oleh anda.
Sukar untuk kami katakan sama ada pengambilan asid folik seperti yang dinyatakan oleh anda adalah terlalu lewat ataupun tidak. Secara umumnya, pengambilan asid folik adalah digalakkan digalakkan dua bulan sebelum mengandung sehingga 12 minggu kehamilan. Ini kerana dari detik anda mengandung sehingga 12 minggu, pembentukan organ di dalam badan dan tulang belakang sedang berlaku.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dan perbincangan bersama dengan doktor dapat dilakukan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.