
Sulit
4 tahun
Gelembung Air Di Tapak Tangan Dan Jari
Tangan dan jari saya tiba-tiba naik gelembung2 air,sekarang sudah 3 ke 5 hari. Saya sudah mendapatkan rawatan di klinik, doktor bagi ubat Betasone. Soalan saya,
- Apa nama penyakit ini?
- Bagaimana boleh terjadi?
- Sesuai ke krim Betasone untuk merawat penyakit ini?
- Ubat apa yg sesuai?
- Berapa lama jangka masa untuk sembuh?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, untuk mendiagnosis atau menamakan suatu penyakit, ianya memerlukan maklumat lanjut serta pemeriksaan teliti sebelum membuat sebarang kesimpulan. Bagaimanapun, masalah gelembung air di tapak tangan boleh disebabkan oleh pelbagai penjelasan, antaranya ialah:
- ekzema
- allergi
- kerosakan kulit akibat terdedah kepada bahan kimia yang menghakis seperti sabun pencuci
- penyakit kencing manis - masalah ini boleh menyebabkan peredaran darah kurang lancar sekaligus menyebabkan simptom ini
- penyakit saraf - sesetengah penyakit saraf boleh menyebabkan simptom kegatalan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Krim betasone (betametasone) pula adalah sejenis ubat kortikosteroid yang merawat pelbagai kondisi kesihatan seperti alahan dan juga keradangan.
Rawatan / ubat yang sesuai serta jangka masa untuk sembuh boleh ditetapkan sekiranya punca kepada masalah ini dirungkai diketahui terlebih dahulu.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Sekiranya anda ingin mengetahui tentang penyakit masalah ini dengan lebih mendalam, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!